Want your
own Fotopage?








 
Amal freelance photographer -

By: amal aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-May-2006 16:34 Email | Share | Bookmark
Keunikan cenderawasih

kakinya...
bulunya..
kepaknya..
megah mendarat...
wajahnya...
segak..dan cantik
 
aaaaaaaaaaaaaaa

Pelik yes sgt pelik, ape sebenarnya burung ini? kenapa dier special sgt, misteri sgt-sgt ..sampai terpampang di beberapa muka depan suratkhabar beberapa negara especially kat asia nih, baru2 nih kat msia..cakap ade jumpa burung ni, pastu letak dalam muzium, pastu? hilang macam tuh saja? di indonesia..orang ramai sgt cuba utk cari burung nih...katanya harga hingga mencecah jutaan rupiah, kenapa dan mengapa? dikaakan juga..burung ini banyak di irian jaya. Di papua new guinea pula, diakatakn mereka telah berjumpa dengan banyak spesis cenderawasih, tetapi ..ye lah..manusia..berebut2 la mereka nak mencari sehingga tak terkawal dan ramai warga asing sanggup ke hutan papua new guinea utk mencari burung misteri ini...

Semasa sesi pengembaraan burung ini, ya maafkan saya ..saya tidak boleh beritahu dari mana, siapa punya dan bagaimana saya boleh mengambil gambar foto ini...dan pelik lagi saya tak tahu kenapa..takut bukan main ..or cuak gile masa amik gambar burung ni..maybe ter saiko...ngan pengaruh berita or facts yg dibaca di internet dan buku.. ( kene la buat research before shooting ) .masa 1st time tgk..burung ni disimpan rapi di dalam peti or kaca emas utk dilindungi, seriously if tgk dari luar, mcm patung jek, pastu beranikan diri lah..pegang kepala slow slow... yes confirm its not patung...boleh rasa daging lembut...semasa sesi kuarkan peti itu, Al-quran dan frame "La ilahaila lah" perlu di alihkan ...kenapa diletakkan di atas peti itu, saya pun tak tahu dan ti dak mahu bertanya..

Bagaimana bangkai burung ini tidak reput?? kenapa tidak busuk? semua dalam kepala otak saya semasa mendekatkan camera ke kepala burung itu, khabarnya...bangkai nya tidak akan reput dan bau nya semakin harum?? tapi kenapa dan bagaimana?? ini semua hanya dari kuasa Allah s.w.t.

Hope viewer semua suka la ngan entry this time, different than before la...selalu asik2 event n weddings..haa this time..bende ala- misteri nusantara sikit,heheh kat bawah nih saya ade berikan beberapa info yg dikatakan membuat burung cenderawasih ini Unik dan Misteri ....

*Harganya turut melonjak sehingga ratusan ribu ringgit kerana kesukaran memperolehnya serta nilai perubatan dan khasiatnya yang dianggap luar biasa.

*keistimewaan bangkai burung itu, meskipun telah mati tetapi didakwa tidak berulat serta tidak mengeluarkan bau busuk

*Ada seribu rahsia serta nilai perubatan serta kesihatan yang dianggap luar biasa dan berkhasiat tinggi.

*When cenderawasih came down to earth, its life will end

*Many people use the bird because they believe it can bring good luck for their own use or for business.

*Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia


Inilah diantara info yg saya dapat di internet..kirenye ini stolen article la..ade satu lagi info yg mengatakan burung ini datang dari langit..burung langit namanya...sekali dier turun ke bumi..hanya utk atau semasa mati..tetapi?? bagaimana mereka bertelur?? spora?? pelik...banyak sgt persoalan, ada juga mengatakan burung cenderawasih ini terdapat di zoo di irian jaya...kalau begitu bagaimana boleh hidup??

Baru-baru ini juga..di melaka berlansung satu pameran misteri dan hantu atau alam ghaib ...banyak yg telah di pamerkan antaranya jeghlot, toyol, sejarah2 hantu dan termasuklah burung cenderawasih..mengapa cenderawasih termasuk dalam bahan pameran ini?adakah burung ini berhantu?? ilmu hitam?? terlalu banyak persoalan di sini..

Tolong bantu saya dengan mendapatkan informasi sebanyak boleh utk burung ini ,yg saya anggap sangat unik ini, tinggalkan komen anda di fotopages saya ini supaya ilmu ini dapat kita kongsi ramai2...terima kasih semua..dan nikmatilah gambar burung Cenderawasih yang sukar ditemui di mana2...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net